Opik-Cahaya Hati

Khamis, 1 November 2012

Surat Adam Kepada Hawa

Bismillahirrahmannirrahim
Wahai sahabat Muslimat Sekalian,
Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini, 
Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,
kita adalah sayap kiri pada mereka (kaum muslimin). 
Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.
Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……

SURAT ADAM UNTUK HAWA

Dengan nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah S.W.T….

Hawa....
Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu.
Meskipun kutahu,
jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini,
mengertilah duhai Hawa,
kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,
lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,
kugagahi jua diri ini....

Hawa....
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaum mu
melebihi bilanganku di akhir zaman ini.
Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalam urusan-Nya.
Bayangkanlah Hawa...
sekiranya kaumku melebihi kaummu,
yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara
dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini.
Tapi permintaanku,duhai Hawa...
cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...
Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..

Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata.
Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah S.W.T sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa?
Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami, kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan.
Dimana-mana saja,
bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,
bukan sebaik dulu lagi.
Langkahmu kian pantas.
Apa sebenarnya yang engkau kejari?
Aku sendiri tak pasti!
Terkadang,
Aku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain,
bersama hayunan langkah itu,
suaramu kian meninggi,
diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...

Sedarkah kau Hawa.....?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!

Hawa....
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai?
Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu,
kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam?
Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan
yang mana sesederhana yang mungkin!
Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa,
usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....

Hawa....
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan.
Aku tidak mahu Hawa..
Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu,
memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat,
apa tidaknya..
Seurat rambutmu yang keluar,
ular menanti dimana-mana,
sejengkal tanganmu kelihatan ...
aduh!!!!!
Banyaknya seksaan menantimu!...

Mengapa begitu Hawa?
Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu!
Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?

Hawa....
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu,
atas dasar peraturan dan persekitaran kalian.
Tetapi jauh nun diluar sana ,
tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza!
Tudung ke mana, jilbab ke mana?
Apatah lagi tingkah lakumu..!
Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah?
Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa....
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..
tapi ingatlah , cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan, namun bukan kakimu, rambutmu, dan jua tubuhmu.....


Firman Allah swt:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman, hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu.
Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan semoga Allah S.W.T membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....
Akhir kata , ketahuilah.............

“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN
DAN
SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH” 

Isnin, 17 September 2012

7 PINTU HATI YANG MUDAH DIMASUKI IBLIS

Bismillahirrahmannirrahim

SABDA Rasululullah SAW yang bermaksud :
"Wahai Iblis,apakah senjata yang dapat menghancurkan engkau?'
Berkata Iblis,"Ya Nabi Allah.Orang-orang yang banyak berzikir,bersedekah dengan bersembunyi(ikhlas hati) serta berbanyak-banyak taubat dan menmbaca Al-Quran Kalam Allah,serta sembahyang di tengah malam.Itu semua akan menghancurkan aku"

7 PINTUHATI  YANG MUDAH DIMASUKI IBLIS

1)Hati yang putus asa dan kecewa dari rahmat Allah SWT

2)Hati yang memandang biasa pada dosa-dosa kecil

3)Hati yang panjang angan-angan dan suka pada pujian

4)Hati yang bodoh tetapi tidaj menyedari akan kebodohannya

5)Hati yang memandang rendah terhadap orang lain

6)Hati yang bersifat marah kerana marah adalah sifat bara api neraka 

7)Hati yang ujub,sombong,riak dan buruk sangka pada orang lain

Sabtu, 18 Ogos 2012

Kegagalan Bukan Pengakhiran

Bismillahirrahmanirrahim
                          

Hmm..siapa kata kegagalan itu pengakhiran dalam kehidupan?kalau anda kata kegagalan itu sebuah pengakhiran dalam kehidupan itu,anda salah !
Ramai yang pernah gagal dalam kehidupan,namun masih berjaya dikemudiannya berkat usaha gigih seseorang itu kerana kegagalan buakanlah bermaksud anda gagal selamanya..ia cuma anda tidak Berjaya lagi..
Kegagalam bukan bermaksud anda bodoh..ia bermaksud kamu mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap diri sendri untuk melakukan sesuatu walaupun tidak pasti Berjaya atau gagal..
Ramai merasa kalaw kita gagal mesti malu kan?
Sahabat,kegagalan bukanlah bermaksud anda telah dimalukan..ia bermaksud kamu berani mencuba..tidak kiralah kita gagal atau Berjaya namun mencuba dapat memberikan experience baru dalam diri kita Jusah perduli kata orang sekiranya kita berada ditempat yang betul..
Kegagalan juga bukan bermaksud anda patut menyerah kalah..ia bermaksud kamu perlu berusaha dengan lebih kuat lagi..sesuatu kejayaan tidak akan datang berguling tanpa usaha dan istiqamah yang berterusan..
Gagal ! Gagal ! Gagal !
Kadangkala ada diantara kita yang berusaha namun masih tetap gagal?kadang-kadang diri merasakan Allah telah meninggalkan kita..meninggalkan kita keseorangan..ketahuilah sahabat-sahabatku sesungguhnya Allah tidak pernah meninggalkan kita..tetapi sebaliknya kita yang meninggalkan-Nya.
Kegagalan bukan bermksud Allah telah meninggalkan kamu..ia bermaksud Allah menyayangimu , Allah ingin memberikan kamu sesuatu yang lebih baik daripada sebelumya..

Gagal sekali bukan bermakna anda gagal selamanya..
ambiikla berapa bnyak masa untuk meraih kejayaan sebelum roh terpisah daripada jasad kerana sesungguhnya darjat orang yang berilmu adalah tinggi di sisi Allah s.w.t
Istiqamahla dalam menuju kejayaan..jangan pernah tewas dengan nafsu kehendak diri..memohonlah kepada-Nya agar kita sama-sama Berjaya didunia mahupun akhirat J


Khamis, 16 Ogos 2012

Madah Buat Sahabatku

Bismillahirrahmanirrahim
Temanku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifap-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya.

Temanku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup didunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalannya,
Kelak di sana rendah darjatnya.
‘Allah akan mengangkat orang beriman diantaramudan orang berilmu beberapa darjat.’
(Surah al-Mujadilah:11).
Temanku,
Renugilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang bahagia.

Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu,tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan.
‘You are the best ummah.’(Ali Imran:110)
‘Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bartaqwa.’(Al-Hujurat:13).
Jelaskan visi perjalanan,
‘Ya Tuhan Kami,berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.’(Al-Baqarah:201).
Jadikan ilmu sebagai bekalan,
‘Bacalah!Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.’(Al-Alaq 1-2).
Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,
‘Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepads langit ,bbumi dan gunung-ganang,
Maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya,Dan dipikullah amanat itu oleh manusia.

Sesungguhnya manusia itu zalim dan amat bodoh(kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakan.’(Al-Azhab:72)
Ketinggian seseorang kerana iman,
‘Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlahnpula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnyajJika kamu orang-orang yang beriman.’(Ali-Imran:139).

Lantaran itu,carilah reda Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan.
Usaha+istiqomah+yakin adalah asas kejayaan,
‘Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri.’(Ar-Ra’d:11).
‘Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata:cukuplah Allah bagi kami sebahagian dari kurnia-Nya dan demikian pula Rasul-Nya,sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah,(tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).’
(At-Tawbah:59)

Temanku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
Dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan.
Berjuanglah temanku sayang,
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan dimulia,
Jika tidak di dunia,
Nun di syurga.

  • buat renunang saya dan sahabat yang saya kasihi :')saya sayang awk semuaa..semoga hidup kita semua diberkati oleh-Nya :)