Temanku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifap-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya.
Temanku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup didunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalannya,
Kelak di sana rendah darjatnya.
‘Allah akan mengangkat orang beriman diantaramudan
orang berilmu beberapa darjat.’
(Surah al-Mujadilah:11).
Temanku,
Renugilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang bahagia.
Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu,tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan.
‘You are the best ummah.’(Ali Imran:110)
‘Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah
adalah orang yang paling bartaqwa.’(Al-Hujurat:13).
Jelaskan visi perjalanan,
‘Ya Tuhan Kami,berilah kami kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api
neraka.’(Al-Baqarah:201).
Jadikan ilmu sebagai bekalan,
‘Bacalah!Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang
menciptakan.’(Al-Alaq 1-2).
Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,
‘Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepads
langit ,bbumi dan gunung-ganang,
Maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka
khuatir akan mengkhianatinya,Dan dipikullah amanat itu oleh manusia.
Sesungguhnya manusia itu zalim dan amat bodoh(kerana
mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakan.’(Al-Azhab:72)
Ketinggian seseorang kerana iman,
‘Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlahnpula
kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi
darjatnyajJika kamu orang-orang yang beriman.’(Ali-Imran:139).
Lantaran itu,carilah reda Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan.
Usaha+istiqomah+yakin adalah asas kejayaan,
‘Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga
dia mengubah nasibnya sendiri.’(Ar-Ra’d:11).
‘Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa
yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata:cukuplah Allah
bagi kami sebahagian dari kurnia-Nya dan demikian pula Rasul-Nya,sesungguhnya
kami adalah orang yang berharap kepada Allah,(tentulah yang demikian itu lebih
baik bagi mereka).’
(At-Tawbah:59)
(At-Tawbah:59)
Temanku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
Dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan.
Berjuanglah temanku sayang,
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan dimulia,
Jika tidak di dunia,
- buat renunang saya dan sahabat yang saya kasihi :')saya sayang awk semuaa..semoga hidup kita semua diberkati oleh-Nya :)
.jpg)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan